Monday 21 May 2012

Alone

Hai. Lama kan tak update blog. Saya rindu awak la. Rindu sangat, saya tak tahu camne boleh jadi macam ni. Lately ni saya macam selalu teringat kan awak. Sakit kan bile tahu awak ade orang lain? Sakit sangat. Tapi memang salah saya sebab tu kita jadi camni. But I miss you. :'(

Saturday 14 January 2012

Fahami la !!

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

Thursday 12 January 2012

Wang Bukan Segalanya !!

Duit boleh beli BANTAL & TILAM, tapi tidak boleh beli TIDUR..
 
Duit boleh beli UBAT, tapi tidak boleh beli KESIHATAN..
 
Duit boleh beli BUKU, tapi tidak boleh beli KEBIJAKSANAAN..
 
Duit boleh beli INTAN PERMATA, tapi tidak boleh beli KECANTIKAN..
 

Duit boleh beli MAKANAN, tapi tidak boleh beli SELERA..

Duit boleh beli RUMAH, tapi tidak boleh beli KELUARGA..

Duit boleh beli BARANGAN MEWAH, tapi tidak boleh beli PELAJARAN..

Duit boleh beli HIBURAN, tapi tidak boleh beli KEBAHAGIAAN..


Duit boleh beli PERNIAGAAN, tapi tidak boleh beli KEBERKATAN..

Duit boleh beli CINTA, tapi tidak boleh beli KESETIAAN..

Duit boleh beli ORGAN BADAN, tapi tidak boleh beli NYAWA..

Duit boleh beli PANGKAT & KEDUDUKAN, tapi tidak boleh beli IMAN……




Saturday 7 January 2012

Dua hati !!

 Jarak Antara Dua Hati

Suatu hari seorang guru bertanya kepada murid-muridnya, “Mengapa ketika seseorang sedang marah, dia akan bercakap dengan suara kuat atau berteriak?”

Seorang murid setelah berfikir cukup lama mengangkat tangan dan menjawab, “Kerana dia telah hilang sabar, oleh itu dia berteriak.”

“Tapi…” guru bertanya kembali

“Orang yang dimarahinya hanya berada dekat dengannya. Mengapa perlu berteriak? Kenapa dia tak berbicara secara lembut?”

Hampir semua murid memberikan pelbagai alasan yang dirasakan logik menurut mereka. Namun tiada satu pun jawapan yang memuaskan.

Maka guru berkata, “Ketika dua orang sedang berada dalam kemarahan, jarak antara ke dua hati mereka menjadi amat jauh walaupun secara luaran mereka begitu dekat. Oleh itu, untuk mencapai jarak yang demikian, mereka harus berteriak.

Namun anehnya, semakin kuat mereka berteriak, semakin pula mereka menjadi marah dan dengan sendirinya jarak hati yang ada di antara mereka menjadi lebih jauh lagi. Kerana itu mereka terpaksa berteriak lebih kuat dan keras lagi.”

Guru masih melanjutkan, “Sebaliknya, apa yang terjadi ketika dua orang saling jatuh cinta?

Mereka tidak berteriak, mereka berbicara dengan suara yang keluar dari mulut mereka dengan begitu perlahan dan kecil. Seperlahan bagaimana pun, kedua-duanya masih dapat mendengar dengan begitu jelas.

Mengapa demikian?” Guru bertanya sambil memerhatikan muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan. “Kerana hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

:. Ketika kita sedang dilanda kemarahan, janganlah hati kita mencipta jarak. Lebih – lebih lagi mengucapkan kata-kata yang mendatangkan jarak hati diantara kita. Mungkin di saat seperti itu, diam mungkin merupakan cara yang bijaksana. Kerana waktu akan membantu kita

Perempuan ~~

Perempuan yang GAGAH, adalah :-
  1. Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
  2. Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
  3. Perempuan yang tabah menangung kerinduan setelah ditinggalkan
  4. Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.
  5. Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman.

Pesan Rasulullah s.a.w

Rasulullah berpesan kepada Aisyah ra : "Ya Aisyah jangan engkau tidur
sebelum melakukan empat perkara, iaitu :

1. Sebelum khatam Al Qur'an,
2. Sebelum membuat para nabi memberimu syafaat di hari akhir,
3. Sebelum para muslim meredhai kamu,
4. Sebelum kaulaksanakan haji dan umrah....

"Bertanya Aisyah :

"Ya Rasulullah.. Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"

1. Rasul tersenyum dan bersabda : Jika engkau hendak tidur bacalah:Al-Ikhlas tiga kali seakan-akan kau mengkhatamkan Al Qur'an.
2. Membacalah selawat untukKu dan para nabi sebelum aku, maka kami semua
akan memberi syafaat di hari kiamat.
3. Beristighfarlah untuk para muslimin maka mereka akan meredhai kamu.
4. Dan,perbanyaklah bertasbih, bertahmid, bertahlil, bertakbir maka seakan-akan kamu telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

---> Kalau rajin..Tolong sebarkan kisah ini kepada yang lain. Ilmu
yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati ♥♥♥

Sentiasa berwaspada !!

Jika SESAT di hujung jalan, baliklah ke PANGKAL JALAN.. Tetapi jika jalan sudah BENAR namun pelbagai MASALAH menghalang, JANGAN BERPATAH BALIK.. Teruskan PERJALANAN.. Jangan pandang pada KETENTUANNYA.. Jangan pandang pada MUSIBAHNYA, jangan pandang apa yang dihadapi.. susah mahupun senang, semuanya dari Ilahi.. Semuanya punyai MAKSUD yang tersembunyi sekiranya dirimu MEMAHAMI dan MENGERTI.. 
~ Ingatlah.. segala NIKMAT yang ada padamu adalah datangnya dari Ilahi , kemudian apabila kamu ditimpa KESENGSARAAN, KEDUKAAN dan KESEDIHAN.. Maka kepadaNyalah kamu perlu meminta PERTOLONGAN